Thursday, September 13, 2012

kini aku..

sudah bertahun aku tinggalkan blog ini.. aku kini sudah dewasa.. tua? mungkin... tak lagi ligat berjalan seperti dulu.. bukan aku matang.. aku tidak berkesempatan.. aku tidak berteman..

mungkin sebab itu aku kembali menulis di sini.. apa yang tertinggal selama ini mungkin dapat aku kutip.. mungkin lah..

aku sudah bekerja.. seorang guru di pusat pendidikan kanak2.. aku mengajar matematik.. aku jaga lebih kurang 50 orang pelajar.. aku suka jadi guru di sini.. bukan aku suka kerja aku.. bukan aku suka jadi guru.. bukan aku suka di sini.. aku suka bekerja sebagai guru di sini..

alhamdulillah.. aku dapat hadiahkan sebuah kereta untuk ayah yang sudah tua itu.. kasihan dia.. aku dapat beri sedikit dari sedikit yang aku dapat hasil bekerja. dapat juga memenuhi keperluan dan kehendak aku serba sedikit. walau tak banyak, ini rezeki aku.. aku memang bersyukur..

aku sedang mencari keberkatan. agama aku.. hidup aku.. kerja aku.. yang paling aku harapkan hubungan aku dengan kekasih..

yang aku panggil kekasih itu.. nun jauh dipisahkan laut.. jauh kita sama jauh nya hubungan ni sudah pergi, kan sayang.. tapi terlekat tak bergerak-gerak.. banyak merajuk. banyak bergaduh. banyak bermesra. banyak mengadu. mungkin belum sampai berkat nya.. mungkin kerana banyak sangat bercinta..

aku mesti buat sesuatu dengan hidup ini.. apa aku mahu.. apa aku mahu? mak ayah tak kisah apa kau mahu jadi.. asal kau tak tinggal solat.. maksudnya asal kau jangan masuk neraka kan? kan mak?? ya.. aku usaha..

apa aku mahu? jangan mengelak.. ok.. aku tak pasti macam mana mahu letak jadi ayat.. jadi begini, aku tahu aku mahu bahagia.. paling aku tahu aku mahu bahagia dengan cara mudah.. aku memang begini.

sekarang perasaan aku paling kuat merasakan aku bahagia kalau dapat kawen dengan kekasih..

itu yang aku rasa sekarang. sejujurnya aku betul-betul tak tahu macam mana aku nak kawen, di mana bila dan paling dahsyat kenapa.. kenapa ko mau kawen, ya dila? aku tidak tahu..

berdosanya aku.. bila aku dalam susah, kekasih yang aku cari duluan.. aku tahu.. aku memang sering mengulangi dosa ini. setiap kali aku bangga dengan diri sendiri, aku pasti xsabar nak berkongsi dengan kekasih..

berubah lah!! segera!

baek.. aku berjanji mahu berubah.. satu hari nanti, jika kau masih begini, sila tampar pipimu dengan kadar yang kau tahu akan menyakitkan. kalau kau makin teruk sila pergi dapatkan bantuan. cari ayah..

"dila.. jodoh ajal rezeki dan hidayah semua nya dari Allah.. mohon dan yakin lah.. Allah sayang kau.. jangan sampai Allah tidak peduli lagi.. mohon lah.. semoga kau akan jadi lebih bagus dari aku.." dila 14.9.2012

aku mahu sambung kembali semua tali perhubungan yang aku dah longgarkan.. lebihkan lagi manis dalam senyuman aku.. pada yang tak pernah aku senyum,aku patut mulakan. jadi orang yang menyenangkan.. buang perangai buruk..

kalau aku mampu, aku mahu berjumpa semua kawan yang aku pernah kenali dan seikhlasnya menyambung persahabat menjadi lebih akrab. kalau aku boleh, aku mahu sejujurnya menjawab semua soalan dan teguran dari sanak saudara.

aku kehilangan Pak Long tahun ni. kehilangan dia buat ramai dari keluarga kami sedar erti kekeluargaan. selepas perginya Pak Long Sanusi, baru kami tersentak yang kami semua saling memerlukan. walau tak terluah dari mulut, mata kami memberi pandangan yang sama "aku sayang kamu sebagai keluargaku, jangan kita menjauh.."

aku mahu berbakti kepada mak ayah.. aku mahu berjasa dengan adik-adik.. aku selalu menyakitkan. aku tak tahu menunjukkan aku sayang kalian. kadang-kadang aku benci dan meluat bila kalian tidak menyokong. rupanya aku benci pada aku yang tak dapat buat kalian bahagia.

biarlah aku sendiri yang menanggung lapar dan dahaga.. supaya aku kenyang dan puas..



Monday, August 3, 2009

road we take

pandangan aku tentang hidup adalah sama dengan berjalan di satu jalan.. jalan yang kita amek tu ada macam2.. ada yang sama ngan org laen. ada yang laen. ada jugak yang ganjil. terpulang la kat diri kita.

jenis jalan dan dengan sape kita berjalan menentukan kelancaran perjalanan kita..

aku suka jalan yang lurus dan rata.. maksud nya aku suka hidup dengan cara yang senang. aku suka ikut jalan yang sama pernah aku lalu.. aku xsuka menyusahkan diri sendiri mencari jalan baru dan akhir nya sesat. tapi kebanyakan jalan adalah sama.xmungkin aku akan lalu jalan yang sama berulang kali. kecuali kalau aku tersalah jalan,aku akan patah balik dan mula kan langkah baru. ada banyak jugak sebab laen untuk aku u turn dari jalan aku lalu tu.. contohnya,org yang pimpin tangan aku..

apalah maksud nya tu? disebabkan jalan yang aku suka lurus dan rata, selalu nya aku bosan bila berjalan. aku nak ada orang teman.. aku tgk kat jalan aku ada pulak org laen.. aku pegi la dekat org tu.. berkenalan.. kalau aku suka org tu aku ajak dia jalan sama2.. kapel la kan maksudnya tu.. penah jugak aku berjalan dengan org yang tegur aku.. tapi xsampai jauh pun aku dah xsuka nak berjalan dengan dia, sebab dia nampak org laen yang jalan kat kami jalan tu.. dan dia menuju ke jalan org tu sedangkan aku masih lagi nak berjalan lurus.. kat jalan yang aku suka tu la.. disebabkan semakin lama langkah kami makin membawak kami jauh,aku xnak lagi ikut dia.aku nak jalan sorang..
disebabkan aku dah terbiasa jalan berteman,aku bosan bila jalan sorg,tapi aku malas nak cari2 org utk teman aku dah.. aku kenal seorang kawan,yang x ada teman jgak.. jalan sorg2.. kami pun berkawan la. kami x jalan sama2, tapi kami berjalan atas jalan yang sama.. sebab kami selalu kat jalan yang sama,kami xsedar bila kami mula jalan seiring.. serentak.. xda la seirama kan.. lebih2 la tu.. kami xsedar.. sampai la masing2 diam sebab masing2 tersedar bila ada kawan2 kat jalan sebelah tegur.. dalam masa kami diam, kami berfikir apa salah nya kami jalan bersama,tempat yang nak tuju pun sama.. satu destinasi..
kami teruskan perjalanan kami dengan bunga2 yang baru kami tanam.. tapi jalan aku yang rata tu tak betul2 rata.. ada gak batu2,kayu dan sampah busuk.. dah la kami ada banyak barang yang kami junjung dan jinjing.. bila dalam keadaan susah camtu dia betul2 buat semua nya jadi senang.. kadang2 dia tlg ketepi kan semua halangan tu.. kadang2 aku ketepikan dan dia tlg.. kadang2 kami buat sama2.. kalau x boleh buang,kami elak sama2.. macam mana pun.. semua nya jadi senang.. masa jalan lurus aku x rata, aku mintak dia pegang tangan aku.. yep.. aku yang mintak. dan secara rasminya jalan kami jadi satu.. jadi luas bila kami gabung jalan kami..

sekarang kami masih lagi berjalan dan menuju ke destinasi kami. jalan kami sangat cantik.. bunga yang kami tanam selama ni dah banyak dan ada dahan yang kuat. bunga2 tu mewangikan jalan kami.. aku rasa jalan kami tetap wangi walau ada org lempar taek pun.. aku harap kami tetap berjalan sama2 sampai ke destinasi kami..

Monday, July 27, 2009

beban

semua beban aku jadi makin ringan. xlah makin kurang. cuma makin ringan. macam mana benda yang xberkurang jadi makin ringan?

cam letak barang kat atas bahu untuk dibawak ke satu destinasi.. barang tu beban la. aku xnak buang beban tu sb beban tu tanggungjawab aku. ada yang aku xboleh buang. ada yang aku xnak buang. aku kena pikul. tapi sebab beban terlampau banyak. beban-beban tu terasa sangat berat.

apa aku boleh buat, aku ringankan tiap satu beban tu.uruskan semua beban yang ada. biar lah sikit asalkan aku urus jugak. semua.. xboleh ada yang tinggal. aku mesti cuba untuk tidak menangguh kan urusan sb urusan yang tertangguh tu boleh menyebabkan bahu aku berat dan mengganggu perjalanan aku..

beban-beban tu pulak aku bahagikan. aku xnak letak atas bahu lagi. mana yang penting aku letak atas kepala. aku junjung. mana yang kurang penting aku pegang. aku jinjing. mana yang x penting langsung aku buang. aku janjang. kepala hotak.. aritmetik ke hapa?

kalau aku xdapat nak urus semua beban yang ada. sampai aku pun nak terjatuh sbb bawak beban, aku terpaksa lepaskan beban yang aku pegang dan guna tangan aku untuk pegang beban yang aku junjung. mungkin pada waktu tu aku terpaksa berhenti berjalan sekejap. supaya aku x tertinggal barang yang aku lepas tadi. aku susun semua beban atas kepala aku kemas-kemas supaya senang aku junjung . bila aku rasa dah boleh jinjing semula beban tu, aku jinjing dan teruskan perjalanan. kali ni aku kena berjalan lebih laju dari sebelumnya. aku mesti sampai ke destinasi dalam waktu yang aku tetapkan.