Thursday, September 13, 2012

kini aku..

sudah bertahun aku tinggalkan blog ini.. aku kini sudah dewasa.. tua? mungkin... tak lagi ligat berjalan seperti dulu.. bukan aku matang.. aku tidak berkesempatan.. aku tidak berteman..

mungkin sebab itu aku kembali menulis di sini.. apa yang tertinggal selama ini mungkin dapat aku kutip.. mungkin lah..

aku sudah bekerja.. seorang guru di pusat pendidikan kanak2.. aku mengajar matematik.. aku jaga lebih kurang 50 orang pelajar.. aku suka jadi guru di sini.. bukan aku suka kerja aku.. bukan aku suka jadi guru.. bukan aku suka di sini.. aku suka bekerja sebagai guru di sini..

alhamdulillah.. aku dapat hadiahkan sebuah kereta untuk ayah yang sudah tua itu.. kasihan dia.. aku dapat beri sedikit dari sedikit yang aku dapat hasil bekerja. dapat juga memenuhi keperluan dan kehendak aku serba sedikit. walau tak banyak, ini rezeki aku.. aku memang bersyukur..

aku sedang mencari keberkatan. agama aku.. hidup aku.. kerja aku.. yang paling aku harapkan hubungan aku dengan kekasih..

yang aku panggil kekasih itu.. nun jauh dipisahkan laut.. jauh kita sama jauh nya hubungan ni sudah pergi, kan sayang.. tapi terlekat tak bergerak-gerak.. banyak merajuk. banyak bergaduh. banyak bermesra. banyak mengadu. mungkin belum sampai berkat nya.. mungkin kerana banyak sangat bercinta..

aku mesti buat sesuatu dengan hidup ini.. apa aku mahu.. apa aku mahu? mak ayah tak kisah apa kau mahu jadi.. asal kau tak tinggal solat.. maksudnya asal kau jangan masuk neraka kan? kan mak?? ya.. aku usaha..

apa aku mahu? jangan mengelak.. ok.. aku tak pasti macam mana mahu letak jadi ayat.. jadi begini, aku tahu aku mahu bahagia.. paling aku tahu aku mahu bahagia dengan cara mudah.. aku memang begini.

sekarang perasaan aku paling kuat merasakan aku bahagia kalau dapat kawen dengan kekasih..

itu yang aku rasa sekarang. sejujurnya aku betul-betul tak tahu macam mana aku nak kawen, di mana bila dan paling dahsyat kenapa.. kenapa ko mau kawen, ya dila? aku tidak tahu..

berdosanya aku.. bila aku dalam susah, kekasih yang aku cari duluan.. aku tahu.. aku memang sering mengulangi dosa ini. setiap kali aku bangga dengan diri sendiri, aku pasti xsabar nak berkongsi dengan kekasih..

berubah lah!! segera!

baek.. aku berjanji mahu berubah.. satu hari nanti, jika kau masih begini, sila tampar pipimu dengan kadar yang kau tahu akan menyakitkan. kalau kau makin teruk sila pergi dapatkan bantuan. cari ayah..

"dila.. jodoh ajal rezeki dan hidayah semua nya dari Allah.. mohon dan yakin lah.. Allah sayang kau.. jangan sampai Allah tidak peduli lagi.. mohon lah.. semoga kau akan jadi lebih bagus dari aku.." dila 14.9.2012

aku mahu sambung kembali semua tali perhubungan yang aku dah longgarkan.. lebihkan lagi manis dalam senyuman aku.. pada yang tak pernah aku senyum,aku patut mulakan. jadi orang yang menyenangkan.. buang perangai buruk..

kalau aku mampu, aku mahu berjumpa semua kawan yang aku pernah kenali dan seikhlasnya menyambung persahabat menjadi lebih akrab. kalau aku boleh, aku mahu sejujurnya menjawab semua soalan dan teguran dari sanak saudara.

aku kehilangan Pak Long tahun ni. kehilangan dia buat ramai dari keluarga kami sedar erti kekeluargaan. selepas perginya Pak Long Sanusi, baru kami tersentak yang kami semua saling memerlukan. walau tak terluah dari mulut, mata kami memberi pandangan yang sama "aku sayang kamu sebagai keluargaku, jangan kita menjauh.."

aku mahu berbakti kepada mak ayah.. aku mahu berjasa dengan adik-adik.. aku selalu menyakitkan. aku tak tahu menunjukkan aku sayang kalian. kadang-kadang aku benci dan meluat bila kalian tidak menyokong. rupanya aku benci pada aku yang tak dapat buat kalian bahagia.

biarlah aku sendiri yang menanggung lapar dan dahaga.. supaya aku kenyang dan puas..



No comments:

Post a Comment